Kata Sendi Nama “di antara” dan “antara”


Frasa sendi nama di antara digunakan untuk sesuatu yang mempunyai ruang (kedudukan fizikal atau tempat). Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah dan digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan.



Contoh:

1. Juzaila duduk mencelah di antara Syahmina dengan Shahira.

2. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.

3. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

4. Masalah disiplin merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

5. Kini, ramai antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu.

6. Kamil adalah antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara renang.

7. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

8. Antara Rahim dengan Azman banyak perbezaannya.