kata sendi nama


Apabila dan di mana-mana sahaja orang memperkatakan soal kesalahan bahasa, tidak dapat tidak penggunaan sendi nama (ada yang menamainya kata depan, preposisi dan sebagainya) turut menjadi tajuk perbincangan. Pengguna bahasa Melayu dikatakan keliru tentang penggunaan kata sendi nama yang betul hingga kini, perkara ini tidak habis-habis dibangkitkan.(DBP, 1989:1).

Penggunaan sendi nama ternyata bermasalah pada masa kini kalau kita teliti penggunaannya, baik dalam tulisan mahupun dalam pertuturan rasmi. Penggunaan sendi nama juga didapati tidak mantap dalam karya sastera seperti novel, cerpen dan sebagainya. Kebanyakan penulis menggunakan sendi nama seolah-olah secara teragak-agak sahaja menurut intuisi masing-masing tanpa sebarang peraturan (DBP, 1989:2).