Kata Sendi Nama “di” dan Imbuhan “di”



Kata sendi nama (KSN) di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi di dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya, manakala imbuhan di dicantum dengan kata yang mengikutinya (kata kerja).


Contoh : 

  1. Seorang wanita dipenjara 10 tahun kerana menyalahgunakan wang syarikat.
  2. Wanita tersebut menjalani hukuman penjara di Penjara Pudu.
  3. Kursus Kepimpinan Pelajar akan diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan.
  4. Semua pelajar sekolah menengah diwajibkan mengikuti kelas tambahan Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing.
Nota: Oleh sebab KSN di digunakan di hadapan kata nama/frasa nama menunjukkan tempat, maka penggunaan di kalangan tidak tepat kerana kalangan bermaksud golongan/ kelompok/ kumpulan (abstrak). Penggunaan yang tepat ialah  dalam kalangan kerana dalam digunakan di hadapan kata nama bersifat abstrak/ sesuatu yang tidak mempunyai ruang.