Kata Sendi Nama “di dalam” dan “dalam”


Frasa sendi nama di dalam digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang, manakala kata dalam digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, dan sebagainya.



Contoh:

1. Pemburu itu sesat di dalam hutan.

2. Penumpang tidak dibenarkan merokok di dalam kabin kapal terbang.

3. Semua peserta berkumpul di dalam dewan.

4. Nota yang dicari selama ini rupa-rupanya terselit di dalam surat khabar lama itu.

5. Banyak kesilapan bahasa dapat dikesan dalam surat khabar berbahasa Melayu.

6. Dia merupakan pelajar yang pintar dalam kalangan kawan-kawannya.

7. Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.

8. Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa amat penting bagi pelajar.

9. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk membolehkan para pelajar mengaplikasi kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian.